PERKHIDMATAN JKR CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

mai

MMelaksanakan kerja-kerja kejuruteraan rekabentuk mekanikal di dalam projek-projek pembangunan negara yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya sama ada oleh Sektor Bisnes atau CKM sendiri seperti merancang, rekabentuk dan pengawasan perkhidmatan mekanikal dalam bangunan kerajaan sehingga penyerahan projek, termasuk kerja penyelenggaraan selepasnya. Perkhidmatan mekanikal dalam premis bangunan kerajaan adalah seperti berikut :

- Sistem Penghawan Dingin dan Pengalihan Udara
- Sistem Air Panas
- Sistem Pencegah Kebakaran
- Sistem Kelengkapan Kerusi dan Sanitari Dalaman
- Sistem Pneumatic Tube
- Sistem Lif
- Sistem Automasi Bangunan (BAS)
- Sistem Pemampatan Udara
- Sistem Pam Penggalak
- Sistem Kebuk Wasap
- Sistem Gas Perubatan
- Sistem Kolam Hidroterapi
- Sistem Dandang dan Stim
- Sistem Penunu
- Sistem Penstril
- Sistem Kelengakapan Dobi
- Sistem Kelengkapan Dapur dan LPG

Perkhidmatan Pengurusan Projek Untuk Projek Kejuruteraan Mekanikal

1. Melaksanakan perkhidmatan pengurusan projek perkhidmatan mekanikal untuk projek-projek pembangunan negara yang dilaksanakan terus oleh CKM sendiri. Perkhidmatan mekanikal yang terlibat adalah seperti yang tersebut di atas.
2. Melaksanakan kerja penyelenggaraan berjadual dan pembaikan ke atas kenderaan / jentera JKR. Melaksanakan pemeriksaan ke atas jentera / kenderaan baru, perolehan Jabatan Kerajaan (post delivery inspection).

 

Perkhidmatan Pengurusan Bengkel

Melaksanakan pemeriksaan penilaian jentera / kenderaan terpakai (kemalangan, tujuan pinjaman, pelupusan, sita, insolvemsi & harta pusaka). Membuat perolehan asset (jentera / kenderaan) untuk Jabatan atau jabatan lain yang memerlukan bantuan. Menyediakan khidmat pemandu dan kenderaan untuk keperluan Jabatan Kerajaan.

 

Perkhidmatan Senggara Bangunan

1. Memastikan semua fasiliti bangunan sentiasa berfungsi dengan sempurna, selamat dan selesa. Mengekalkan kefungsian fasiliti bangunan bagi memenuhi ciri-ciri teknikal dan ekonomi untuk mencapai nilai kos pusingan hayat yang optimum.
2. Memastikan perkhidmatan senggara fasiliti bangunan yang cemerlang, kos berkesan dan memenuhi kepuasan pelanggan.

KAUNTER PELAWAT

ALAMAT PERHUBUNGAN

JKR Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Selangor

Jalan Sepat 17/57B, Seksyen 17

40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Tel: +603 5519 4041 Fax: +603 5519 0306

PENAFIAN

Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Selangor adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Jabatan Kerja Raya Selangor.

Pautan Media Sosial